![]() |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Latarbelakang Hasfy
HasFy Synergy Resources (001654140-P) merupakan perniagaan bumiputra yang mengfokuskan lampin pakai buang untuk bayi dan dewasa termasuk lelaki dan wanita. HasFy telah bergiat cergas dalam bidang ini lebih kurang 3 tahun.
Misi HasFy
Tujuan utama HasFy ditubuhkan adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah & sederhana mendapat lampin yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kami amat perihatin melihat para ibubapa 'terpaksa' membayar lampin dengan harga yang mahal untuk mendapatkan lampin yang berkualiti walhal ianya hanya sekali sahaja dapat digunakan. Disamping itu juga, kami akan membantu para surirumahtangga mendapat pendapatan tambahan dengan menjadi agen Hasfy dengan kemudahan seperti bantuan kosultant, pemasaran..
Slogan HasFy
"Mengapa bayar lebih jika untuk dibuang?" merupakan slogan kami yang digunapakai di premis kami.
Konsep HasFy
- Pusat jualan runcit dan juga borong bagi lampin berkualiti yang diimport dan tempatan dengan harga yang mampumilik.
- Menyediakan pelbagai saiz iaitu S,M,L,XL termasuk XXL dan 'new born' yang berpelekat 'magic tape' & juga P.E tape berserta 'waistband'
- Jualan mengikut permintaan pelanggan yakni secara keping, pek dan juga timbang kilo(pilih & pakai).
- Terdapat lampin bayi, dewasa dan sanitary pads (biasa & berherba)
- Door-to-door' delivery mengikut syarat-syarat tertentu
- Penghantaran secara percuma untuk jualan borong - mengikut syarat-syarat tertentu
Kami Menawarkan:
1) Agen mengikut kawasan
- Harga yang menarik dengan minimum kuantiti
- Fokus kepada kawasan negeri, kampung, daerah, taman perumahan, kilang, sekolah, pejabat, hospital
2) Stok transit
- Dipraktik di kawasan perumahan yang dikelilingi pangsapuri/flat.
- Stok akan dibekalkan kepada agen untuk dipasarkan kepada penduduk setempat
- Sesuai untuk surirumahtangga & sesiapa yang ingin pendapatan lebih
- Tidak memerlukan kedai, hanya satu ruang di kediaman anda untuk simpanan stok
3) Peniaga pasar malam
- Harga yang menarik dengan minimum kuantiti
- Fokus kepada kawasan pasar-pasar malam, pasar pagi dan pasar minggu
| Diapers Online | RM 0.00 | 388 | |




